Monday, 12 December 2011

CORAK TIDAK TERANCANG

bahan
1) kertas lukisan
2) warna air



titikkan warna yang disukai keatas kertas lukisan anda.


boleh menggunakan pelbagai warna


tutup kertas lukisan dan tekan serta gerakkan tangan diseluruh bahagian luar kertas lukisan.


hasil yang diperolehi.

Saturday, 5 November 2011

INFO TAMBAHAN

Kerjaya Berkaitan PSV Di Masa Hadapan dan Kepentingan PSV

Kini beratus-ratus jenis kerjaya yang berkaitan dengan Seni Visual boleh diceburi oleh para pelajar yang berminat dalam bidang tersebut.

Antara kerjaya yang berkaitan dengan Seni Visual ialah seperti pengiklanan, pelukis illustrasi, artis multimedia, perekabentuk grafik, perekabentuk industri, perekabentuk dalaman, pelukis animasi, perekabentuk tekstil, percetakan, desktop publisher, perekabentuk laman web, dan sebagainya.

Kepentingan PSV Kepada Kanak-Kanak

Aspek Kognitif: mengembangkan daya kognitif/melatih kanak-kanak berfikir/menyelesaikan masalah membuat penilaian/keputusan

Aspek Fizikal: menggunakan alatan/bahan memberikan latihan kepada pergerakan tangan – kordinasi tangan serta mata

Aspek Kreativiti: melibatkan proses/menyelesaikan masalah/eksplorasi/eksperimentasi dalam penghasilan karya.
Aspek Persepsi: meningkatkan/menajamkan penggunaan pacaindera dan deria.

Aspek Sosial dan Emosi: memberi peluang kanak-kanak berinteraksi/membina keyakinan diri/bertoleransi/berkerjasama dalam kumpulan.



Friday, 28 October 2011

JOM KITA BERMAIN DENGAN WARNA

CORAK DAN TIUPAN

Tajuk;
Corak Tiupan

Bahan:
warna air
kertas lukisan

Alatan:
penyedut minuman
bekas warna
berus warna

Contoh

Cara-cara:
1. Warna air perlu dibancuhkan dengan air.
Pastikan bancuhan itu cair..
2. Titik di atas lukisan dan kemudian tiup dengan menggunakan penyedut minuman..
3. Ulang dengan menggunakan warna-warna lain.

Wednesday, 26 October 2011

TEKNIK TIUPAN

 
 1. Penyediaan bahan-bahan dan cara


2.Titiskan warna air bewarna hitam yang telah dibancuh ke atas lukisan
dan tiup warna itu ke seluruh kertas lukisan .

 3. Dengan menggunakan kudup kapas, celupkan ke dalam warna merah dan 
buatkan lima titik untuk membentuk bunga di ranting yang telah dihasilkan tadi.

4. Hasil yang telah siap.

Wednesday, 19 October 2011

LUKISAN

(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.